Pageviews past week

Tuesday, February 16, 2010

UITM SEGAMAT

salam.
coretan ini di nukil setelah lama gila tidak menukilkan apa yang tesimpan di hati.
apa khabar anda semua? harapanku , harap-harap sihat sejahteralah anda semua.
ok, dari mana aku nk start cerita ye?

Pada 27 Disember yg lepas, bermulalah bab yang baru didalam kehidupanku . Pak Lang, Farish, dan aku bertolak ke Segamat tepat pukul 9 pagi ' approximately' ,
agak berat kaki ku hendak melangkah pergi, maklumlah sudah terbiasa duduk di rumah goyang kaki , main psp, lpak mamak smpi pkul 3-5 pagi tengok bola, dota smpi pkul 3 pagi bru blik rumah , sampai bondaku membebel , ishh. hehe, tapi bile lagi aku nk buat macam itu? , huh, kembali, 'approximately' pukul 12 macam itu aku sampai di segamat, sumpah aku pening nak muntah time 'ontheway' ke segamat jalan dia, fuhh jangan cakaplah, 'stock' buat drift nye jalan. Hm, alkisah bila da sampai di sana aku pun pergilah ke bawah kolej ku yang tercinta , Kolej Taming Sari , dan berjumpalah dengan abang-abang PM (Pembantu Mahasiswa). Dan teruslah mendaftar untuk memasuki kolej.Setelah selesai semua urusan, akhirnya berpisahlah aku dengan mereka yg aku , err, sayangi.(Farish dan Pak Lang)

hmm, mula-mula masuk ke dalam bilik ku, 321 , agak terkedu diriku, dalam hati aku berdialog "ini bilik ke ape" maklumlah, kayu-kayan belaka semuanya, dari almari ke meja hingga ke katil , ya! kayu. Haha, bercerita tentang teman sebilik ku, namanya Hafidzuddin, aku panggil piz je, dia ni bkan main pendiam siot mase 'first' aku tegur. tanya sepatah , jawab pun sepatahlah. Tapi dia ni aku kira boleh dikategorikan sebagai 'skema' pada masa itu haha, tapi pada waktu sekarang, pun skema juga, haha.

Ok, aku 'skip' lah sampai waktu 'MMS' (Minggu Mesra Mahasiswa) yang bagiku amatlah membuang masa, tetapi amat bermakan kerana dapat mengenali rakan-rakan baru yang begitu ramai. Kami diajar menyanyikan lagu-lagu UITM , yang pada mulanya ku anggap , 'agak tak sedap' tetapi selepas mendengarnya berulang kali , lahirlah perasaan seronok mendengar lagu-lagu itu.selepas itu, kami dikehendaki menyertai program 'Latihan dalam kumpulan' (LDK) , dan di tempat itu lah berjumpa dengan seorang perempuan yang banyak sakitkan hati aku, sukakan hati aku , aku tak tahu kenapa? bagaimana? kenapa? aku sampai sekarang suka melihat dia, gayanya, percakapannya, senyumannya, haha. Selepas taklimat-taklimat habis, kami student part 1 course DBS dipecahkan kepada tiga kumpulan. Aku ditakdirkan untuk memasuki group 2.
Sama group dengan Zahir si budak Andalas . Sampai sekaranglah aku rapat dengan si Zahir ni, dan kerana dialah aku menyertai silat olahraga.

hm... sebenarnya banyak lagi pengalaman ku disini yang ingin dikongsi bersama dengan kamu semua, tetapi aku agak malas sekarang , nanti aku sambung ;p.
bersambung.........

No comments: