Pageviews past week

Sunday, April 18, 2010

FINAL

WAHHHH, sekejap nya,
da nak final, dan nak cuti sem.
tak sabar nak balik dan main game , haha.
but, aku betul-betul takut akan subjek akaun,
mau taknye, test 1 aku dpt 16 test 2 dpt 28. haha. gila!

math aku ok je, mgt pun boleh la, tapi the most aku risau is ACC115.
haishhhhhh.

Kontradiksi nya ,
aku telah menonton sebua filem yang bagiku ckup indah hasil pengarahannya,
jalan ceritanya,
"LASKAR PELANGI"
kepada korang semua yang masih belum menonton filem ini, silakanlah menontonnya anda pasti rasa fresh kerana cerita ini penuh dengan inspirasi.Siapa-siapa yang rasa malas nak belajar tu tonton lah filem ini yahh.


LIRIK LAGU NIDJI LASKAR PELANGI
Mimpi adalah kunci ,
Untuk kita menakhlukkan dunia ,
Berlarilah tanpa lelah ,
Sampai engaku meraihnya ,

Laskar pelangi ,
Takkan terikat waktu ,
Bebaskan mimpimu diangkasa ,
Warnai bintang di jiwa ,

Menarilah dan terus tertawa ,
Walau dunia tak seindah syurga ,
Bersyukurlah pada yang kuasa ,
Cinta kita di dunia ,
Selamanya ,

Oww!

Cinta kepada hidup ,
Memberikan senyuman abadi ,
Walau hidup kadang tak adil ,
Tapi cinta lengkapi kita ,

Laskar pelangi ,
Takkan terikat waktu ,
Jangan berhenti mewarnai ,
Jutaan mimpi di bumi ,

Menarilah dan terus tertawa ,
Walau dunia tak seindah syurga ,
Bersyukurlah pada yang kuasa ,
Cinta kita di dunia

Menarilah dan terus tertawa ,
Walau dunia tak seindah syurga ,
Bersyukurlah pada yang kuasa ,
Cinta kita di dunia ,

Selamanya ,

Selamanya ,

Laskar pelangi ,
Takkan terikat waktu

so sekian saja pada masa ini, w'slam.

Wednesday, March 31, 2010

PUKUL 3 PAGI . TS126

HUH,
pnat beh, assignment CTU yang terbaik dari ladang .
huhu, boring2online la kejap. tiba-tiba rasa nk blog pula.
hm, entah apa nak tulis pun tak tahu.
hmm, budak-budak PDT mtrx mlaka dah pun hbis sesi PDT nya,
aku rasa macam cepat gila masa berjalan, tup taptup tap dah 2 tahun, haaaa
cepat gila, aku kat sini baru sem pertama , tapi diorang dah habis . macam rasa menyesal pun ada hahaha, diploma lambat sangat la. haisshhh.
akan tetapi, akan ku gagahi jua diriku ini belajar di UITM segamat tercinta ini. yeahhhh
aku akan belajar menyayangi ACC115 haha , aku akan belajar menjadi matang, belajar menghargai kawan, belajar bergaul dengan orang, belajar entahlah . aku pun dah lost ni, harap-harap aku berjaya menemui azam pertama ku sampai ke UITM ini, sebab aku dah rasa pudar, betul, sangat pudar. aiceh pudar cam lagu Rossa -pudar tu .;p agak-agaknya lah. :P
wokeyh la sekian sahaja disini, aku rasa nak tido la pulak . bye!

Sunday, March 28, 2010

POST DARI SEGAMAT 2

Salam,

Lama juga lah tak meng'update'kan blog ini,hehe. Malas lah siot haha. Entah kenapa aku tergerak untuk update blog ku yang memang tiade orang baca pun, tapi entahlah, terdetik di hati untuk menulis. Setelah hampir se-sem di UITM Segamat , aku mula merasakan perubahan, banyak yang telah ku alami , ku temui. pengalaman berkawan , dan hilang kawan, daripada rajin , menjadi malas, daripada bersifat happy-go-lucky , ke seorang yang sepi, dan ternyata rinduku terhadap arwah atok. Aku tertanya-tanya berbaloikah aku belajar disini, apa yang pernah ku lalui? bagiku, ianya suatu pengalaman yang membentuk diriku sekarang , dan mematangkan aku. aku telah mulai belajar apa itu makna persahabatn sebenar, makna kebodohan. ku mulai sedari makna kerjasama. dan bagiku pengalaman bersama kawan-kawan adalah suatu perkara yang amat berharga.

Bercakap tentang pembelajaran pula , bagiku yang banyak memberiku masalah ialah ACC115, yakni Account for business. pning hotak aku hahah ;p
ok lah, sekian saja pada waktu ini. sehingga aku terdetik kembali untuk menulis di hari yang mendatang.
wasalam'.

Saturday, March 20, 2010

POST DARI SEGAMAT

Salam sejahtera,

betapa ku rindukan arwah datukku, ku rindukan leterannya, ku rindukan dahulu setiap kali nak maghrib, atok akan meng'hon'kan kereta kelisa biru nya dan memanggilku untuk mengangkat barang-barang. ku rindukan waktu datukku memarahiku dengan kata-kata yang agak sinis tapi bagiku memberi kesan, ku rindukan gelak ketawanya ketika menonton filem-filem P.Ramlee, haha , kalau masa dia tengok tu seboleh-boleh dia suruh aku dan nenek tidur dahulu ,entah aku pun tak tau kenapa.
rinduku terhadap arwah , mungkin disebabkan setelah menziarah kuburnya bersebelahan Masjid Andalas.
Apa agaknya dia nak cakap dengan aku sekarang kalau dia masih ada. aishhhhh.
AKU AGAK SEPI SEKARANG.

Wednesday, March 17, 2010

BALIK JUA AKHIRNYA

Salam Sejahtera.
Lama tidak bersua , apa khabar sister2 ? brother2?
yeah, stelah hmpir 3 bulan tak balik, akhirnya aku balik jua ke tanah air ku,
Klang, bandar diraja. entah apa yang mmbuatkan ku ingin menulis diblog ku ini,
walaupun ku tahu tiada siapa-siapa pun yang membaca blog ku ini.

Walaupun waktu bersama 3 hari cuti terasa amat singkat, tetapi bagiku sungguh bermakna , dapat bertemu rakan-rakan yang sejati . haha, mungkin di UITM ku , ku sudah ada ramai kawan tetapi mereka kawan-kawan lamaku tetap istimewa di hatiku,aku dapat lepak bersama mereka dan bermain DOTA sudah pasti! haha
lepak dengan Abear, bercerita masalah masing-masing. ke'stress'an dia bekerja di tempat kerja lamaku , Sushi King , Tesco Klang. :p CK! mcm2 la tmpat ko ni.Lama tidak bertemu mereka ku rasakan ku seperti sudah kembali ke masa lepas SPM ku , haha. Seronok betul pada waktu itu.

Balik ke UITM aku sudah menanam azam (cehh) haha, untuk tidak leka dan belajar bersungguh-sungguh. Tetapi jujur , aku rindukan 'kawan yg da macam bukan kawanku lagi', walaupun aku tahu dia benci kat aku. haha . Bak kata Fuss " Jangan jadi bodoh" , dan ternyata aku msih lgi bdoh . huh, entahlah, but I miss her , betul .
HAHA.

Kelas ku berjalan seperti biasa , semuanya seperti biasa, aku sudah mulai pandai meniup saxo sedikit demi sedikit lah. haha.hm, sekian coretan aku disini sahaja, tapi mungkin ahad ni aku nk pergi tengok gig kat DST haha. MUNGKIN, sekian.

Tuesday, February 16, 2010

UITM SEGAMAT

salam.
coretan ini di nukil setelah lama gila tidak menukilkan apa yang tesimpan di hati.
apa khabar anda semua? harapanku , harap-harap sihat sejahteralah anda semua.
ok, dari mana aku nk start cerita ye?

Pada 27 Disember yg lepas, bermulalah bab yang baru didalam kehidupanku . Pak Lang, Farish, dan aku bertolak ke Segamat tepat pukul 9 pagi ' approximately' ,
agak berat kaki ku hendak melangkah pergi, maklumlah sudah terbiasa duduk di rumah goyang kaki , main psp, lpak mamak smpi pkul 3-5 pagi tengok bola, dota smpi pkul 3 pagi bru blik rumah , sampai bondaku membebel , ishh. hehe, tapi bile lagi aku nk buat macam itu? , huh, kembali, 'approximately' pukul 12 macam itu aku sampai di segamat, sumpah aku pening nak muntah time 'ontheway' ke segamat jalan dia, fuhh jangan cakaplah, 'stock' buat drift nye jalan. Hm, alkisah bila da sampai di sana aku pun pergilah ke bawah kolej ku yang tercinta , Kolej Taming Sari , dan berjumpalah dengan abang-abang PM (Pembantu Mahasiswa). Dan teruslah mendaftar untuk memasuki kolej.Setelah selesai semua urusan, akhirnya berpisahlah aku dengan mereka yg aku , err, sayangi.(Farish dan Pak Lang)

hmm, mula-mula masuk ke dalam bilik ku, 321 , agak terkedu diriku, dalam hati aku berdialog "ini bilik ke ape" maklumlah, kayu-kayan belaka semuanya, dari almari ke meja hingga ke katil , ya! kayu. Haha, bercerita tentang teman sebilik ku, namanya Hafidzuddin, aku panggil piz je, dia ni bkan main pendiam siot mase 'first' aku tegur. tanya sepatah , jawab pun sepatahlah. Tapi dia ni aku kira boleh dikategorikan sebagai 'skema' pada masa itu haha, tapi pada waktu sekarang, pun skema juga, haha.

Ok, aku 'skip' lah sampai waktu 'MMS' (Minggu Mesra Mahasiswa) yang bagiku amatlah membuang masa, tetapi amat bermakan kerana dapat mengenali rakan-rakan baru yang begitu ramai. Kami diajar menyanyikan lagu-lagu UITM , yang pada mulanya ku anggap , 'agak tak sedap' tetapi selepas mendengarnya berulang kali , lahirlah perasaan seronok mendengar lagu-lagu itu.selepas itu, kami dikehendaki menyertai program 'Latihan dalam kumpulan' (LDK) , dan di tempat itu lah berjumpa dengan seorang perempuan yang banyak sakitkan hati aku, sukakan hati aku , aku tak tahu kenapa? bagaimana? kenapa? aku sampai sekarang suka melihat dia, gayanya, percakapannya, senyumannya, haha. Selepas taklimat-taklimat habis, kami student part 1 course DBS dipecahkan kepada tiga kumpulan. Aku ditakdirkan untuk memasuki group 2.
Sama group dengan Zahir si budak Andalas . Sampai sekaranglah aku rapat dengan si Zahir ni, dan kerana dialah aku menyertai silat olahraga.

hm... sebenarnya banyak lagi pengalaman ku disini yang ingin dikongsi bersama dengan kamu semua, tetapi aku agak malas sekarang , nanti aku sambung ;p.
bersambung.........

Monday, February 15, 2010

SILAT OLAHRAGA

. salam.
apa khabar kalian? sihatkah?
aku disini menulis post ini dengan kaki yg sakit , haha.
aku jumpa dengan minat aku yang baru disini.,
teng2 SILAT OLAHRAGA! yeah watchout KARISMA

Tuesday, January 5, 2010

UITM sesi disember 09/ april 10

salam. akhirnya aku bergelar pelajar uitm.
fapat pula di uitm segamat, johor.
jauh nun didalam hutan. hehe
ok kot. boleh tengok tupai time study. jmpe mmbe2 baru. dan mcm2 lagi.
this is my new adventure.