Pageviews past week

Wednesday, March 17, 2010

BALIK JUA AKHIRNYA

Salam Sejahtera.
Lama tidak bersua , apa khabar sister2 ? brother2?
yeah, stelah hmpir 3 bulan tak balik, akhirnya aku balik jua ke tanah air ku,
Klang, bandar diraja. entah apa yang mmbuatkan ku ingin menulis diblog ku ini,
walaupun ku tahu tiada siapa-siapa pun yang membaca blog ku ini.

Walaupun waktu bersama 3 hari cuti terasa amat singkat, tetapi bagiku sungguh bermakna , dapat bertemu rakan-rakan yang sejati . haha, mungkin di UITM ku , ku sudah ada ramai kawan tetapi mereka kawan-kawan lamaku tetap istimewa di hatiku,aku dapat lepak bersama mereka dan bermain DOTA sudah pasti! haha
lepak dengan Abear, bercerita masalah masing-masing. ke'stress'an dia bekerja di tempat kerja lamaku , Sushi King , Tesco Klang. :p CK! mcm2 la tmpat ko ni.Lama tidak bertemu mereka ku rasakan ku seperti sudah kembali ke masa lepas SPM ku , haha. Seronok betul pada waktu itu.

Balik ke UITM aku sudah menanam azam (cehh) haha, untuk tidak leka dan belajar bersungguh-sungguh. Tetapi jujur , aku rindukan 'kawan yg da macam bukan kawanku lagi', walaupun aku tahu dia benci kat aku. haha . Bak kata Fuss " Jangan jadi bodoh" , dan ternyata aku msih lgi bdoh . huh, entahlah, but I miss her , betul .
HAHA.

Kelas ku berjalan seperti biasa , semuanya seperti biasa, aku sudah mulai pandai meniup saxo sedikit demi sedikit lah. haha.hm, sekian coretan aku disini sahaja, tapi mungkin ahad ni aku nk pergi tengok gig kat DST haha. MUNGKIN, sekian.

No comments: